HIDANGAN FAMILI

Intai-intai kat dapur...apa menu kita


Agak-agak lalu ke nak makan bila dah kembang macam ni? Alah...belum jd makanan memang la korang cakap apa saja...bila dah terhidang kat atas meja, tak ada pulak yang tanya...kelip mata je, tengok dah kosong pinggan tu...jom kita tengok apa yang dapat disajikan untuk famili agar sama-sama dapat menikmati manfaat kolagen dari air tangan kita sendiri.

LAICIKANG

ACAR CENDAWAN

LAWA IKAN TAMBAM
 JELI KOLAGEN
BUBUR LAMBUK

KERABU MANGGA

JELI BANCAU

SUP BELUT

KERABU SOHOON 


Emm...sukanya bila dapat makan sama-sama. Anak-anak pun tak ada yang komplen geli ke apa-apa lagi dah. Nanti ada masa umi buatkan coleslow kolagen ala-ala KFC gitu...haha! Dah tak geli ke anak-anak oiii? Hurmm...sayang umi!

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dibuat sajian keluarga asalkan kita kreatif dan bijak mempelbagaikan masakan berasaskan kolagen ni. Bukan setakat boleh jimatkan kos, malah kita perlu prihatin terhadap makanan yang diambil setiap hari...adakah memadai mengenyangkan perut atau makanan yang diambil dapat menjaga tubuh badan serta kesihatan?