TAK KIRA MASAKAN APA PUN... ASALKAN SESUAI DENGAN PERSEKITARAN...HAHA! KORANG MASUK JE KOLAGEN NI SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN... SENANGKAN!!!
1) LAICIKANG
BAHAN-BAHAN
*rumpai kolagen*cili* bawang merah*bawang besar*lobak merah*cendawan*cuka*gula*garam
CARA-CARA
*didihkan air dan masukkan sedikit garam*celurkan cendawan*ambil satu senduk air celur cendawan tadi*masukkan bawang merah, bawang besar, cili yang telah dipotong serta lobak merah yang telah disagat*masukkan cendawan yang telah dicarik dan rumpai kolagen yang telah dipotong*masukkan garam & gula secukup rasa* gaul & hidang
3) KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN
rumpai kolagen* mangga muda* udang kering* bawang putih* bawang merah* cili* kacang goreng* bawang goreng* tomato* garam* gula* limau nipis
CARA-CARA
*goreng udang kering tanpa minyak*tumbuk bawang putih & bawang merah bersama udang kering*gaulkan bersama mangga yang disagat*masukkan rumpai kolagen yang telah dipotong bersama hirisan tomato & cili*garam & gula secukup rasa*sedikit perahan limau nipis*gaul sebati & taburkan bawang goreng dan kacang*hidangkan
4) JELI BANCAU
BAHAN-BAHAN
*rumpai kolagen*cincau*agar2 kering*sirap ros*susu pekat manis*sehelai daun pandan*gula batu*air
CARA-CARA
*didihkan air*masukkan rumpai kolagen & agar2 kering*kacau hingga hancur*masukkan gula batu & pandan* masukkan susu pekat manis & sirap*sejukkan seketika*masukkan kedalam acuan dan letakkan cincau yang telah dipotong kecil*apabila beku bolehlah dikeluarkan dari acuan*hidangkan
5) SUP BELUT
BAHAN-BAHAN
*rumpai kolagen*serai*sup bunjut*ubi kentang*bawang putih*bawang besar*bawang merah*cili*limau nipis*daun saderi*bawang goreng*kacang*belut/ayam dsb*garam
CARA-CARA
*kisar bawang besar,bawang merah,bawang putih,serai*panaskan minyak & tumis*bila kekuningan masukkan sup bunjut*tumiskan hingga garing dan naik bau*masukkan air dan ubi kentang*bila sudah empuk masukkan belut dan garam secukup rasa*hiaskan dengan hirisan cili,daun saderi,rumpai kolagen,kacang & bawang goreng*perahkan sedikit limau nipis*sedia dihidang bersama kuetew atau nasi
6) KERABU SOHOON
BAHAN-BAHAN
rumpai kolagen*sohoon*bawang putih*bawang merah*bawang besar*cili*daun ketumbar @ saderi* lobak merah* dada ayam* gula*garam*kiub pati ayam*limau nipis*bawang goreng*kacang tanah*tomato
CARA-CARA
*rendam sohoon hingga lembut*panaskan air & rendam sekejap, toskan*celurkan isi ayam & masukkan garam*tumbukkan bawang putih, bawang merah serta sedikit garam & gula*masukkan lobak merah yang telah disagat*gaul bersama cili, tomato,bawang besar,rumpai yang telah dipotong serta kiub pati ayam yang disagat*masukkan isi ayam yang di potong kecil-kecil serta perahan limau nipis*garam & gula secukup rasa & taburkan bawang goreng, kacang & daun ketumbar @ saderi*hidangkan
SELAMAT MENCUBA!!